Home » Buku, Featured, default

TERBARU: UNTUKMU WANITA

30 August 2009 9 Komen

Setelah lebih empat tahun mengendalikan laman sesawang www.zaharuddin.net yang banyak mengupas pelbagai isu kontemporari, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan panggilan UZAR muncul dengan buku terbarunya Untukmu Wanita terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

cover-utkmu-wanita1Untukmu Wanita
Zaharuddin Abd Rahman
Kategori Tarbiah Rohani
ISBN: 978-983-097-228-2
Tebal: 214 ms
Harga: RM23.00 (Semenanjung Malaysia) / RM25.00 (Sabah/Sarawak)
*Harga termasuk kos penghantaran

start: 0000-00-00 end: 0000-00-00

YAK shopping cart plugin for WordPress

“Buku ini dihasilkan bagi menghampiri kaum wanita dan menghulurkan secebis nasihat buat tatapan mereka. Ia turut dikhususkan untuk para lelaki yang sedang berusaha mencari-cari intipati ilmu kebaikan dan nasihat untuk hidangan mereka yang bernama ibu, isteri, kakak, adik dan anak,” beritahu Ustaz Zaharuddin dalam mukadimah bukunya.

Dengan huraian yang padat, jelas dan tegas, buku ini dipersembahkan dalam bentuk soal-jawab, menjadikannya bahan bacaan yang lebih santai dan bersahaja. Terdapat juga kisah-kisah motivasi dan rantaian cebisan pengalaman yang dialami sendiri oleh penulis untuk dijadikan iktibar kepada pembaca.

Buku ini mengandungi tiga bahagian utama iaitu:
Bahagian 1: Wanita, maruah dan aurat
Bahagian 2: Wanita dan munakahat
Bahagian 3: Wanita dan rumah tangga

Setiap bahagian pula mengandungi lebih kurang 10 bab yang dikupas bersama dalil-dalil al-Quran dan hadis untuk memantapkan pemahaman pembaca.

Buku setebal 214 muka surat itu boleh didapati di pasaran dengan harga RM23.

Klik Untuk Besarkan Gambar

Klik Untuk Besarkan Gambar

___________________________________________________
BIODATA PENULIS:
Ustaz Zaharuddin Abd Rahman merupakan kolumnis beberapa akhbar dan majalah. Pernah muncul di radio IKIM.fm, TV9 dan RTM bagi membicarakan pelbagai isu dan hal ehwal syariah, ekonomi Islam dan perbankan Islam. Laman sesawang beliau (www.zaharuddin.net) menjadi rujukan ramai dalam isu-isu kewangan, pelaburan, bisnes dan isu-isu lain berkaitan agama. Ustaz Zaharuddin kini mengikuti pengajian peringkat kedoktoran di United Kingdom. Untukmu Wanita adalah buku ketujuh beliau dan yang pertama bersama Galeri Ilmu Sdn Bhd yang diterbitkan sempena Ramadan yang lalu.

Lain-lain yang menarik

9 Komen »

  • muslimah said:

    salam..

    sy dh emailkn details ke pesanan@galeriilmu.com.my

    boleh dpt sbelum raya? :)

    syukran..

  • Lindazull said:

    Tadi petang saya telah mendengar tentang buku ini dari Radio Ikim, saya berminat untuk mendapatkannya. Saya cukup tertarik dengan penerangan tersebut, saya lemah tentang Agama, jadi Radio Ikim sudah banyak memberi saya kesedaran. Kini saya sedar betapa pun sebagai Wanita yang berkerjaya, namun Wanita tidak akan dapat sepenuhnya semacam Lelaki. Saya harap saya akan dapat memiliki Buku tersebut. 01/10/2009.

  • Nadhilah said:

    Assalammualaikum…

    (Currently out of online stock)??
    agak2 bila ada ye…
    adakah sudah ada di pasaran.?

  • SHAHRIN AB GHANI said:

    Salam, saya berminat untuk mendapatkan buku UNTUKMU WANITA ini. bagaimana caranya? ada lagi stok buku ini?

  • masayu said:

    Salam..saya dah pun terima buku untukmu wanita semalam..cuma, hari tu sy berjanji akan bayar melaui maybank2u,tapi maybank2u sy ada sedikit masalah dan telahpun disekat..jika saya ingin buat bayaran melalui mastercard camne caranye ye?

  • hidayah said:

    salam…..hdyh dah trima buku Untukkmu Wanita(2buah),tp hdyh blum bank in dt nya lg…jd hdyh bleh gn no.akn y sedia ke?biasanya…kalu beli scra online,ble da bank in bru hntar brg…hdyh pelik gak ngan gleri ilmu…

  • hidayah said:

    sila serta kn no.akaun yea…

  • samsol said:

    saya telah baca dan cuba menjual 20 naskah buku ‘untukmu wanita’ kepada rakan-rakan…ramai yang telah memberikan respon positif mengenai buku ini..tahniah!

  • azawiah said:

    sye dah baca buku ni n sye suke ayat ea yang disertakan dgn dalil2 pada soalan2 yang keliru..tahniah…

Berikan komen anda!

Sila beri komen anda di bawah, atau trackback dari website anda. Anda juga boleh langgan komen-komen ini melalui RSS.

Sila komen dengan tertib. Tidak lari dari tajuk. Tiada spam.

Anda boleh menggunakan tag-tag ini:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Website ini menyokong Gravatar. Untuk mendapatkan Gravatar, sila daftar di Gravatar.