Galeri Ilmu sedang mencari Jawatan Kosong Berikut π
1. EDITOR SYARIAH
Galeri Ilmu, sebuah syarikat penerbitan buku terkemuka, sedang mencari Editor Syariah yang berkelayakan untuk menyertai pasukan kami!
Kriteria:
- Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Islam, Syariah, Usuluddin, atau bidang berkaitan.
- Pengalaman dalam penyuntingan atau penerbitan kandungan syariah
- Kefahaman mendalam mengenai al-Quran dan Hadis serta berpegang kepada kefahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Tanggungjawab Utama:
- Menyemak dan memastikan setiap buku yang diterbitkan bertepatan dengan al-Quran dan Hadis dan pendapat jumhur ulama yang muktabar.
- Memastikan kandungan mematuhi prinsip-prinsip syariah dan sesuai dengan kefahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.
- Terlibat dalam penyuntingan manuskrip dari aspek bahasa, gaya penulisan, dan kandungan.
- Urus projek penerbitan buku dari A-Z, Sebelum, semasa dan selepas sesuatu karya diterbitkan.
Skill Tambahan Diperlukan:
- Boleh merancang dan menyusun projek.
- Komunikasi, PR yang bagus.
- Aktif, Proaktif, Kreatif
- Tahan Lasak
Email resume anda ke: job@galeriilmu.com.my
Atau submit detail anda di form ini: https://forms.gle/U3WvZA6LHRt6PTYa9
Kemasukan: Segera, lelaki diutamakan.
--------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------
2. EKSEKUTIF PEMASARAN
Galeri Ilmu sedang mencari Eksekutif Pemasaran yang dinamik untuk menyertai pasukan kami!
Kriteria:
- Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Pemasaran, Pengurusan Perniagaan, atau bidang berkaitan.
- Berpengalaman dalam pemasaran (minimum 2 tahun), khususnya dalam berurusan dengan agensi kerajaan dan swasta.
- Mempunyai kemahiran komunikasi dan rundingan yang baik.
Tanggungjawab Utama:
- Mempromosikan produk buku Galeri Ilmu kepada agensi kerajaan dan swasta.
- Menyusun dan menawarkan program-program berkaitan buku yang sesuai dengan keperluan agensi.
- Menguruskan perhubungan dengan agensi, membuat pembentangan produk, dan mendapatkan projek.
Skill Tambahan Diperlukan:
- Boleh merancang dan menyusun projek.
- Komunikasi, PR yang bagus.
- Aktif, Proaktif, Kreatif
- Tahan Lasak
Email resume anda ke: job@galeriilmu.com.my
Atau submit detail anda di form ini: https://forms.gle/U3WvZA6LHRt6PTYa9
Kemasukan: Segera, LELAKI.
-------------------------------------------------
-------------------------------------------------
3. EDITOR VIDEO
Galeri Ilmu, sebuah syarikat penerbitan buku yang progresif, sedang mencari Editor Video yang kreatif dan inovatif untuk menyertai pasukan kami!
Kriteria:
- Mahir menggunakan perisian video semasa seperti Adobe Premiere Pro, Final Cut Pro, After Effects, Capcut atau perisian editing yang trending.
- Pengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun dalam penyuntingan video.
- Kreatif dan mampu menghasilkan gaya edit video yang menarik, sesuai untuk kandungan viral di media sosial.
Tanggungjawab Utama:
- Mengedit video promosi dan kandungan media sosial yang kreatif untuk menarik minat penonton.
- Menghasilkan video yang berpotensi viral dan boleh membantu meningkatkan jualan produk.
- Memastikan hasil suntingan menepati citarasa semasa dan menonjol di platform media sosial.
Skill Tambahan Diperlukan:
- Laju dan Cekap
- Aktif, Proaktif, Kreatif
- Tahan Lasak
Email resume anda ke: job@galeriilmu.com.my
Atau submit detail anda di form ini: https://forms.gle/U3WvZA6LHRt6PTYa9
Kemasukan: Segera, lelaki diutamakan.