• BDEDADC3-0F3B-4BB5-B269-DBB9F0A676EA-1711543400895
  • LATEST%20FINAL%20LAYOUT%20AL-AFNAN%20-%20SAIZ%20KECIL-5
  • LATEST%20FINAL%20LAYOUT%20AL-AFNAN%20-%20SAIZ%20KECIL-6
  • LATEST%20FINAL%20LAYOUT%20AL-AFNAN%20-%20SAIZ%20KECIL-11
  • LATEST%20FINAL%20LAYOUT%20AL-AFNAN%20-%20SAIZ%20KECIL-45
1
New

Mantap Sebutan Huruf Al-Quran

Regular price
RM 31.50
Sale price
RM 31.50
Regular price
RM 35.00
Secure payments | Galeri Ilmu
Secure payments
Authentic products | Galeri Ilmu
Authentic products

SINOPSIS

Mantap Sebutan Huruf Al-Quran merupakan panduan asas bagi umat Islam yang ingin mempelajari sebutan dan bacaan huruf-huruf al-Quran dengan fasih dan betul. Karya ini disusun oleh orang yang pakar dan berpengalaman dalam bidang al-Quran. Antara perkara menarik yang dijelaskan dalam naskhah ini ialah:

✅Konsep tajwid dan hukumnya

✅Jumlah sebenar huruf Hijaiyah

✅Makhraj dan sifat huruf

✅Lebih dari 60 latihan untuk memperbaiki sebutan huruf

✅Lebih dari 30 video latihan cara menyubut huruf dalam keadaannya yang berbeza

✅Sebutan huruf berdasarkan lahjah Arab dengan cara amali

✅Latihan huruf tebal dan nipis (Riadah Mulut & Rahang)

✅Latihan lahn Jali dengan perkataan2 yang kalau tersalah sebutan, membawa kepada kesalahan makna

✅Hukum Ra' ketika nipis dan tebal

✅Perbahasan hamzah wasal dan hamzah qata'

 

Syeikh Bakry Ayoub

Dilahirkan di Bani Swef, Mesir. Menamatkan hafazan usia 14 tahun dengan Syeikh Muhammad Salih Badr yang telah melahirkan lebih 2000 orang Hafiz. Kemudian, mendapat Ijazah Riwayat Hafas dari ’Asim dengan Sanad bersambung kepada Nabi S.A.W. Sejak usia 21 tahun, beliau telah berkhidmat sebagai guru al-Quran di Madrasah Tahfiz di al-Madinah al-Munawwarah. Di sana, beliau bertalaqqi Al-Quran dengan Syeikh Dr Ilias al-Barmawi dan Syeikh Hussin Al-Rajil. Berpengalaman sebagai imam di beberapa masjid di Kaherah, Hilwan dan Bani Swef, Mesir. Pernah berkhidmat sebagai guru al-Quran di al-Azhar al-Sharif sebelum berpindah ke Malaysia sebagai guru al-Quran dan Timbalan Mudir Maahad Tahfiz Masjid Al-Salam, Puchong. Juga merangkap Ketua Bahagian Akademik al-Quran di Maahad Tahfiz Baitul Aini Sungai Buloh, Selangor dan Ketua Bahagian Pengajian Islam dan al-Quran di Yayasan Taat di Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. Mantap Sebutan Huruf al-Quran merupakan karya sulung beliau yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn. Bhd