Karya Ustaz Hazri Hashim

Ustaz Mohd Hazri Hashim al-Bindany

Berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Sektor Kurikulum Pendidikan Islam & Bahasa Arab, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia. Beliau juga merupakan penceramah bertauliah yang aktif menyampaikan kuliah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Di samping turut merangkap sebagai Penasihat Pertubuhan Darul Muhajirin Littafaqquh Fiddin, penggerak pengajian kitab-kitab turats di Hulu Selangor. Mula menjadi penulis bersama Galeri Ilmu sejak 2015.