• Solat Musafir
  • FA%20solat%20musafir-5
  • FA%20solat%20musafir-8
  • FA%20solat%20musafir-9
  • FA%20solat%20musafir-10
  • FA%20solat%20musafir-13
  • FA%20solat%20musafir-23
  • FA%20solat%20musafir-24
  • FA%20solat%20musafir-35
  • FA%20solat%20musafir-42
  • FA%20solat%20musafir-45
1

Solat Ketika Musafir

Regular price
RM 13.50
Sale price
RM 13.50
Regular price
RM 15.00
Secure payments | Galeri Ilmu
Secure payments
Authentic products | Galeri Ilmu
Authentic products

SINOPSIS

Solat jamak dan qasar merupakan keringanan yang diberikan oleh syarak kepada orang yang bermusafir. Menjadi kewajipan bagi umat Islam untuk mempelajari, memahami dan menunaikan solat-solat fardhu mengikut kehendak syarak dan tepat sebagaimana yang difahami oleh para ulama mujtahid. Hal ini termasuk pelaksanaan solat qasar dan jamak.

Naskhah kecil ini dihasilkan atas niat murni untuk membantu masyarakat Islam memahami peraturan, tatacara dan syarat-syarat penting yang membolehkan seseorang yang bermusafir melaksanakan solat secara jamak dan qasar. Disusun secara ringkas dan turut disertakan infografik untuk memudahkan para pembaca memahaminya. Semua huraian dan kenyataan hukum adalah berdasarkan mazhab Syafi’i.

TENTANG PENULIS

Ustaz Mohd Hazri Hashim al-Bindany

Berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Sektor Kurikulum Pendidikan Islam & Bahasa Arab, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia. Beliau juga merupakan penceramah bertauliah yang aktif menyampaikan kuliah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Di samping turut merangkap sebagai Penasihat Pertubuhan Darul Muhajirin Littafaqquh Fiddin, penggerak pengajian kitab-kitab turats di Hulu Selangor. Solat Ketika Musafir merupakan karya kesepuluh beliau yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn. Bhd.