• SAKURA-NO-SUKI-2
  • FA_Sakura+No+Suki+2-7
  • FA_Sakura+No+Suki+2-8
  • FA_Sakura+No+Suki+2-9
  • FA_Sakura+No+Suki+2-10
  • FA_Sakura+No+Suki+2-11
  • FA_Sakura+No+Suki+2-12
  • FA_Sakura+No+Suki+2-13
  • FA_Sakura+No+Suki+2-14
1

Sakura No Suki 2

Regular price
RM 5.00
Sale price
RM 5.00
Regular price
RM 10.00
Secure payments | Galeri Ilmu
Secure payments
Authentic products | Galeri Ilmu
Authentic products

SINOPSIS

Nuri Wardah dikejutkan dengan pengakuan cinta Sakuragi. Bagi Nuri Wardah, Sakuragi terlebih dahulu perlu mengenali akan kesucian agama Islam serta kepentingan sumber-sumber yang hak dalam mencari ilmu.

Sakuragi, walaupun masih dalam ragu, mengorak langkah mencari ilmu mengenai Islam hingga menemukannya dengan imam Masjid Otsuka, Yusuf Asahi bin Abdullah yang bersetuju untuk mengajar Sakuragi berkenaan agama Islam.

Bagaikan cawan yang kosong, dapatkah Sakuragi menerima dengan mudah segala ilmu yang dicurahkan oleh Yusuf Asahi? Bagaimana pula dengan kehidupan Nuri Wardah setelah kembali ke Malaysia apabila terpaksa berhadapan dengan dilema yang tidak berkesudahan?


TENTANG PENULIS:

Paeh Design

Pemilik kepada nama sebenar, Faez Ismael. Memilih menggunakan nama pena Paeh Design berdasarkan kepada kerjaya sebagai pereka grafik freelance. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi dari UiTM. Bermula dengan memuatnaik karya di media sosial, beliau kini aktif menganjurkan bengkel komik selain aktiviti bersama dengan Daie Kreatif Venture dalam menghasilkan komik berunsur dakwah. Antara judul komik tersebut adalah Tarbiah No Namida, Andai Ku Rapuh, Bukan Berkhutbah dan Inkramadhan. Merupakan pelukis dan berkolaborasi dengan penulis MF Zakaria bagi komik Sakura No Suki 2 yang merupakan jilid ke-2 terbitan bersama Buku Puris.

MF Zakaria

Singkatan dari Muhammad Faezan bin Zakaria, MF Zakaria merupakan seorang graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi dari UiTM. Berbekalkan pengalaman sebagai seorang eksekutif pemasaran, MF Zakaria memulakan kerjaya sebagai freelance pada akhir 2016 dengan fokus utama terhadap rekaan grafik. Selain itu, beliau mula berjinak dengan seni lukisan digital serta penulisan kreatif dengan dorongan dan sokongan daripada rakan sepengajian, Paeh Design. Sakura No Suki 1 & 2 terbitan Buku Puris merupakan hasil penulisan kreatif MF Zakaria berkolaborasi bersama Paeh Design sebagai pelukis.