• WANG FIAT
  • WhatsApp Image 2025-05-09 at 11.07.22
1

WANG FIAT DAN SISTEM HUTANG - NAZRI HAMDAN

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 30.00
Secure payments | Galeri Ilmu Media Grup
Secure payments
Authentic products | Galeri Ilmu Media Grup
Authentic products

WANG FIAT DAN SISTEM HUTANG - NAZRI HAMDAN 

 SINOPSIS

Tahukah anda, wang yang digunakan dalam ekonomi moden sebenarnya tidak wujud? Ia adalah hanya sejenis rekod yang ada dalam sistem perakaunan. Maksud saya, ia tidak mempunyai ‘real value’. Buku ini akan mengajak pembaca menyelam sejarah dan evolusi wang sehinggalah ia dikenali sebagai wang fiat pada masa kini.

Buku ini juga akan membangkitkan satu persoalan penting iaitu, adakah wang fiat benar-benar satu alat yang mencipta kekayaan ataupun ia adalah perangkap hutang yang secara perlahan-lahan akan menjerat rakyat, kerajaan dan ekonomi sesebuah negara?

Penulis juga akan mengupas bagaimana bank pusat, kerajaan, dan institusi kewangan memanipulasi aliran wang, mencipta gelembung ekonomi, dan memacu ketidaksamaan. Dari kisah kejatuhan mata inflasi dan hinggalah tahap hiperinflasi. Perbincangan dalam buku ini bukanlah teori semata, tapi ia turut membawa contoh-contoh nyata yang membuka mata.


Tidak berhenti di situ, buku ini juga mengajak pembaca berfikir; apa alternatif yang kita ada? Adakah emas, kripto, atau sistem barter boleh menggantikan wang fiat? Dan paling penting – bagaimana rakyat biasa boleh melindungi diri mereka daripada risiko sistem ini?

Lebih daripada sekadar teori, buku ini membekalkan pembaca dengan strategi praktikal untuk menilai kekuatan mata wang, mengenal pasti tanda-tanda bahaya kewangan, dan membina asas kewangan yang lebih kukuh dalam dunia yang penuh ketidakpastian ini.