• RAHSIA-NAMA-NAMA-114-SURAH-AL-QUR’AN-
  • 114%20Surah-550x550
  • FA%20rahsia%20nama%20114%20surah%20alquran-5
  • FA%20rahsia%20nama%20114%20surah%20alquran-6
  • FA%20rahsia%20nama%20114%20surah%20alquran-7
  • FA%20rahsia%20nama%20114%20surah%20alquran-8
  • FA%20rahsia%20nama%20114%20surah%20alquran-20
  • FA%20rahsia%20nama%20114%20surah%20alquran-23
  • FA%20rahsia%20nama%20114%20surah%20alquran-25
  • FA%20rahsia%20nama%20114%20surah%20alquran-26
  • FA%20rahsia%20nama%20114%20surah%20alquran-42
1

Rahsia Nama-Nama 114 Surah Al-Qur’an (SPI 150)

Regular price
RM 45.00
Sale price
RM 45.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | Galeri Ilmu
Secure payments
Authentic products | Galeri Ilmu
Authentic products

SINOPSIS:

Naskhah ini hadir bagi mengetengahkan pesan-pesan utama di sebalik nama-nama surah yang terkandung di dalam Al-Qur’an. Penting bagi umat Islam untuk mengetahui latar belakang dan rahsia di sebalik nama-nama surah tersebut. Kerana hanya dengan mengetahui dan memahaminya, umat Islam mampu mendapatkan gambaran umum tentang isi kandungan Al-Qur’an dengan lebih utuh dan lengkap.

Di samping itu, Rahsia Nama-nama 114 Surah Al-Qur’an ini turut dilengkapi dengan terjemahan kitab Manzhumah Al-Zamzami. Sebuah karya klasik yang ditulis oleh cendekiawan pelbagai disiplin ilmu, Syeikh Abdul Aziz al-Zamzami (900-976 Hijrah). Kandungan kitab ringkas ini adalah berdasarkan perbincangan dalam bab Ulum Al-Qur’an yang terkandung dalam kitab Al-Nuqayah karangan Imam Jalaluddin al-Suyuti. Manzhumah Al-Zamzami merupakan sebahagian daripada sukatan pelajaran asas di beberapa institusi pengajian Islam semenjak era kerajaan Utsmaniyyah. Hingga kini ia masih dijadikan rujukan di beberapa sekolah Islam sama ada di Timur Tengah mahupun Asia Tenggara.

Manzhumah Al-Zamzami merupakan salah satu rujukan asas dan lengkap bagi pembaca yang ingin mengintai luasnya cakerawala perbahasan ilmu Usul Tafsir. Semoga dengan adanya kombinasi antara pengenalan 114 surah dan asas ilmu Usul Tafsir ini, buku ini dapat menjadi panduan yang lengkap bagi mempelajari kandungan Al-Qur’an.