Amalan Pembuka Pintu Langit
- Regular price
- RM 13.50
- Sale price
- RM 13.50
- Regular price
-
RM 15.00
Share
Penulis: Imam Muda Megat
ISBN: 978-629-7716-07-7
Kod: GB0825
Saiz: 19cm X 12.5cm (Portrait)
Tebal: 96 muka surat (1 color)
Berat:
Harga: RM15.00/RM17.00
SINOPSIS
Naskhah kecil ini mengumpulkan amalan-amalan yang dijelaskan dalam hadis-hadis Nabi ﷺ yang mempunyai kelebihan khusus, juga menjadi sebab terbukanya pintu-pintu langit. Antaranya:
• Bermunajat di sepertiga akhir malam
• Menunaikan hajat orang lain
• Mengucapkan kalimah Tayyibah
• Doa Iftitah
• Doa pemimpin yang adil
• Doa orang yang dizalimi
• Doa orang yang berpuasa
Amalan-amalan ini bukan sahaja mendekatkan diri kepada Allah SWT, tetapi juga menghadirkan ketenangan hati dalam menghadapi segala ketentuan-Nya, termasuk musibah. Panduan bagi mereka yang ingin meraih keistimewaan di sisi Allah SWT.
Imam Muda Megat, atau Megat Mohd Zaid bin Megat Azmuddin, adalah finalis "Imam Muda" musim ke-3. Berasal dari Gerik, Perak, beliau merupakan lepasan Universiti Al-Azhar, Mesir, dan kini berkhidmat sebagai Ketua Unit Penyelidikan & Pembangunan di Agami Group Sdn. Bhd. Dikenali dengan gaya dakwah yang mesra dan mudah difahami, beliau aktif dalam penyampaian ilmu agama di pelbagai platform dan juga program-program latihan. Amalan Pembuka Pintu Langit adalah karya sulungnya, diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
Reviews
Be the first to review
Write an review
How would you rate the product?
More thought about the product