1. MEMBAWA ALAT TULIS

Ertinya: Dan sepatutnya penuntut ilmu itu sentiasa mengambil manfaat pada setiap masa agar dia memperoleh keutamaan dan kesempurnaan dalam ilmu. Jalan untuk mengambil manfaat itu adalah dengan sentiasa membawa bersamanya dakwat pena (alat menulis) pada setiap waktu supaya dia dapat menulis faedah-faedah ilmu yang didengarinya.
2. MENGHAFAL SETIAP HARI

Ertinya: As-Sadr ash-Shahid Husam al-Din telah berwasiat kepada anaknya Shams al-Din agar menghafal setiap hari sesuatu daripada ilmu dan hikmah, kerana ia adalah sedikit (pada mulanya), namun tidak lama kemudian akan menjadi banyak.
3. MENGGUNAKAN PEN YANG BAIK

Ertinya: ‘Isam bin Yusuf telah membeli sebatang pen dengan harga satu dinar agar dapat menulis apa yang didengarnya pada waktu itu juga, kerana umur itu pendek sedangkan ilmu itu banyak.
4. JANGAN MEMBUANG MASA DAN WAKTU

Ertinya: Maka sepatutnya bagi penuntut ilmu itu untuk tidak mensia-siakan waktu dan saat-saat yang ada, serta merebut peluang malam dan waktu-waktu bersendirian. Diriwayatkan daripada Yahya bin Mu‘adh ar-Razi bahawa beliau berkata, “Malam itu panjang, maka janganlah kamu pendekkannya dengan tidurmu dan siang itu terang, maka janganlah kamu keruhkannya dengan dosa-dosamu.”
5. MENGAMBIL ILMU DARIPADA ORANG TUA

Ertinya: Hendaklah penuntut ilmu merebut peluang bersama para masyaikh (guru-guru tua) dan mengambil manfaat daripada mereka. Tidak semua perkara yang terlepas itu boleh diperoleh semula. Sebagaimana yang dikatakan oleh guru kami, Syeikh al-Islam dalam kitab Mashyakhat-nya (himpunan nama-nama gurunya), “Berapa ramai syeikh tua yang sempat aku temui, namun aku tidak sempat bertanya kepada mereka.” Maka aku berkata berkenaan kehilangan (peluang) itu, lalu menggubah bait syair ini:
