EA8| Jejaka Limited Zaman Rasulullah (Siri Ibrah)
- Regular price
- RM 15.00
- Sale price
- RM 15.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, “Wahai Bilal, khabarkan kepadaku amalan apa yang paling utama yang telah engkau lakukan sejak memeluk Islam? Sesungguhnya, aku pernah mendengar derap tapak kakimu di sisi di dalam syurga.”
Maka Bilal menjawab, “Tidak ada amalan utama yang aku amalkan kecuali aku akan berwuduk pada waktu malam atau siang serta aku akan solat dengan wuduk tersebut, di samping solat-solat yang diwajibkan ke atasku.”
(Riwayat Imam al-Bukhari)
Bilal bin Rabah r.a. merupakan antara Sahabat terawal yang memeluk agama Islam. Apabila disebut namanya, seluruh umat Islam akan terkenang kembali akan jasa-jasanya sebagai muazin yang pertama dalam Islam.
Di dalam buku ini terkandung 10 kisah Sahabat Rasulullah yang hebat dan berani dalam memperjuangkan agama Islam. Perjuangan yang penuh liku dan ranjau yang memerlukan keberanian dan ketangkasan yang tiada tolok bandingnya.
Justeru, buku ini disusun supaya pembaca dapat mengetahui kelebihan dan kehebatan yang terdapat pada diri para Sahabat r.a. yang diambil daripada kisah-kisah benar seperti yang tercatat dalam kitab-kitab sirah.
DIHARAPKAN JUGA PARA PEMBACA DAPAT MENGAMBIL IKTIBAR SERTA MEMULIAKAN MEREKA SEKALI GUS MENCINTAI MEREKA.
Reviews
Be the first to review
Write an review
How would you rate the product?
More thought about the product