KOLEKSI LIMITED EDITION KARYA MKI & ROZA ROSLAN (GALERI ILMU)
- Regular price
- RM 21.25
- Sale price
- RM 21.25
- Regular price
-
RM 25.00
Share
KOLEKSI LIMITED EDITION KARYA MKI & ROZA ROSLAN
Koleksi Karya:
- Di Sebalik Tembok Yahudi
- Perca
- Di Sebalik Niqab
- Didik Anak Cemerlang
- Beri Dua Minit
- Rumah Sakit
Ianya TERHAD (LIMITED EDITION)!!
Jom dapatkannya sekarang!!
Tentang Penulis:
MUHD KAMIL IBRAHIM
Dr Muhd Kamil Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Prof MKI merupakan mantan Profesor Perakaunan di UniKL Business School. Beliau pernah berkhidmat lebih daripada 24 tahun di UiTM dan tiga tahun di Universiti Taibah, Madinah. Beliau lahir di Besut, Terengganu dan melanjutkan pelajaran di MRSM Pengkalan Chepa, Universiti Teknologi MARA, University of Dundee, Scotland dan University of Wales, United Kingdom.
Prof MKI merupakan penulis prolifik. Bermula dikenali ramai dengan buku klasik yang anggaran dibaca lebih sejuta orang, Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman, beliau telah menulis banyak buku berunsur kerohanian mengajak khalayak pembaca menghampirkan diri kepada-Nya. Beliau juga menyampaikan kuliah, tazkirah dan motivasi di masjid, sekolah dan di pelbagai organisasi kerajaan dan swasta secara percuma.
ROZA ROSLAN
Roza Roslan dilahirkan di Segamat, Johor. Isteri kepada Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim dan dikurniakan empat orang cahaya mata. Roza pernah menjawat jawatan pensyarah UiTM sebelum bersara pilihan mengikut suami berhijrah ke Madinah. Roza telah dilantik sebagai pensyarah pengurusan di Universiti Taibah Madinah.
Kini, beliau menjadi penulis sepenuh masa dan sesekali menerima undangan untuk menyampaikan motivasi kepada kaum wanita. Beliau juga kerap diundang untuk mengadakan tazkirah dan demo masak nasi Arab (gidra dan ozzie), satu seni yang dipelajari semasa bermukim di Madinah.
Lulusan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia) dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari UiTM ini pernah menimba pengalaman di Dundee, Scotland berkhidmat sebagai penasihat pelanggan di salah sebuah gedung perniagaan di sana. Di Wales, beliau bertugas sebagai pegawai khidmat pelanggan di Littlewoods Pte. Ltd. United Kingdom.
Roza merupakan penulis buku-buku Travelog Cinta Abadi, Travelog Impian Abadi, Travelog Kehidupan Abadi, Kandil di Kaki Gunung, 50 Tip Motivasi Haji, Ilmu Kehidupan, Bukan Sekadar Resipi, Aroma antara Benua, Perca, Nota Pasca Haji, Tanyalah Diri, Hadiah Buat Suami, Amirul Budak Sudan, Biar Berbekas, Di Sebalik Niqab dan Rumah kecil di Jabal Uhud.
Reviews
Be the first to review
Write an review
How would you rate the product?
More thought about the product