40 KELEBIHAN  BERSELAWAT

40 KELEBIHAN BERSELAWAT

1. Melaksanakan perintah Allah.

2. Bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah.

3. Mendapat ganjaran 10 kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang  diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat). 

4. Bersamaan dengan selawat para malaikat (selawat daripada malaikat bererti doa).

5. Dikurniakan oleh Allah 10 kali darjat atas setiap satu selawat. 

6. Ditulis oleh malaikat 10 kali kebaikan atas setiap selawat. 

7. Dihapuskan oleh Allah 10 kali kejahatan atas setiap selawat. 

8. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah. 

9. Mendapat syafaat daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

10. Mendapat keampunan Allah dan akan  ditutup segala keaiban. 

11. Allah akan menutup segala dukacita. 

12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah. 

13. Mendapat darjat as-Sidq.

14. Ditunaikan segala hajat.

15. Selamat sejahtera pada hari kiamat.

16. Allah dan para malaikat akan berselawat  ke atas individu yang berselawat. 

17. Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga. 

18. Selamat sejahtera pada huru-hara hari  kiamat.

19. Rasulullah akan menjawab secara langsung  ke atas setiap selawat yang dibacakan. 

20. Mudah mengingat semula perkara-perkara  yang lupa.

21. Mendapat kedudukan yang baik pada hari  kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.

22. Tidak akan merasai fakir.

23. Terpelihara dari dihinggapi sifat bakhil.

24. Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah.

25. Selawat akan menjemput setiap  pengucapnya ke jalan syurga.

26. Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat  dalam majlis-majlis yang tidak disebut  padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha. 

27. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah.

28. Selamat melintasi titian Shirat al-Mustaqim pada hari kiamat.

29. Terpelihara daripada sifat kasar dan gelojoh.

30. Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak. 

31. Mendapat keberkatan daripada Allah. 

32. Mendapat kesempurnaan iman.

33. Kasih dan cinta kepada Rasulullah.

34. Mendapat hidayah daripada Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah. 

35. Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah secara langsung. 

36. Teguh pendirian dengan kebenaran.

37. Berselawat bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah ke atas diri kita, di samping dianggap  mensyukuri nikmat Allah  yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah صلى الله عليه وسلم kepada kita. 

38. Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah. 

39. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah. 

40. Berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah ke atas Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan kepada  diri sendiri. 

41. Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu adalah akan terjelma gambaran Rasulullah صلى الله عليه وسلم dalam jiwanya. 

42. Dikurniakan oleh Allah maqam seorang syeikh dan murabbi.

Related products