Kaum wanita dianugerahkan Allah sebagai makhluk yang memiliki kehalusan jiwa, kekuatan pengorbanan dan kedudukan yang mulia dalam agama. Rasulullah ﷺ sendiri menunjukkan contoh terbaik dalam melayani, memuliakan dan menghormati wanita, sama ada sebagai ibu, isteri, anak mahupun saudara seagama. Antara sikap Nabi terhadap wanita secara umum adalah seperti:
1. Menzahirkan Rasa Sayang Kepada Kaum Wanita
2. Memahami Perasaan Kaum Ibu/Wanita
3. Menghormati Kaum Wanita
4. Menghargai Kaum Wanita
5. Mengangkat Kedudukan Kaum Wanita
6. Lemah Lembut (Tidak Kasar) Terhadap Wanita
7. Tidak Pernah Memukul Wanita
Memuliakan wanita bukan sekadar perbuatan terpuji, tetapi tuntutan agama yang ditegaskan oleh Rasulullah ﷺ melalui perkataan dan teladan hidup Baginda. Sifat-sifat seperti menghargai, menghormati, berlemah lembut dan menjauhi kekerasan merupakan asas hubungan yang penuh rahmah.