• buku nota (14)
  • FA Cerita Kanak-kanak Tentang Rukun Islam-4
  • FA Cerita Kanak-kanak Tentang Rukun Islam-5
  • FA Cerita Kanak-kanak Tentang Rukun Islam-10
  • FA Cerita Kanak-kanak Tentang Rukun Islam-12
  • FA Cerita Kanak-kanak Tentang Rukun Islam-29
1

[PREORDER] CERITA KANAK-KANAK TENTANG RUKUN ISLAM

Regular price
RM 20.00
Sale price
RM 20.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | Galeri Ilmu Media Grup
Secure payments
Authentic products | Galeri Ilmu Media Grup
Authentic products
[PREORDER] CERITA KANAK-KANAK TENTANG RUKUN ISLAM Ratings: 0 - 0 votes
Add to wishlist

CERITA KANAK-KANAK TENTANG RUKUN ISLAM

PENULIS: MUHAMMAD IKRAM SHAH

ISBN: 

TEBAL: 104

SAIZ: 17.145cm X 24.13cm

GB0943

RM20


Blurb

Rukun Islam ialah asas penting dalam kehidupan setiap Muslim. Apabila anak-anak dididik mengenali dan mencintai Rukun Islam sejak kecil, mereka akan membesar dengan kefahaman yang betul tentang agama, serta lebih mudah membentuk akhlak, disiplin dan hubungan yang dekat dengan Allah.

Namun, dunia kanak-kanak ialah dunia yang penuh imaginasi dan cerita. Oleh itu, buku ini menggunakan kaedah bercerita bagi memperkenalkan Rukun Islam dengan cara yang lebih menyeronokkan, mudah difahami dan dekat di hati mereka. Kisah-kisah daripada al-Quran, hadis dan sejarah Islam dipilih supaya anak-anak bukan sahaja mengetahui hukum-hakam, tetapi juga dapat melihat contoh iman, ketaatan dan pengorbanan dalam kehidupan para nabi, sahabat dan orang soleh.

Melalui penceritaan yang lembut dan penuh pengajaran, diharapkan buku Cerita Kanak-kanak Tentang Rukun Islam ini dapat membantu ibu bapa dan pendidik menanam rasa cinta kepada Islam dalam jiwa anak-anak sejak usia kecil lagi.

Buku ini disusun dengan merujuk sumber yang menekankan penceritaan berdasarkan riwayat-riwayat yang sahih serta menapis kisah Israiliyyat yang lemah. Selain memperkenalkan asas Rukun Islam, penulis turut menerapkan nilai, adab dan pengajaran yang sesuai untuk kanak-kanak agar mereka bukan sahaja memahami rukun, bahkan turut membesar dengan rasa cinta kepada Islam dan akhlak yang mulia.

Reviews

Be the first to review