(PREORDER) KISAH HEBAT KHULAFA AR-RASYIDIN: UMAR AL-KHATTAB
- Regular price
- RM 30.00
- Sale price
- RM 30.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
JUDUL: KISAH HEBAT KHULAFA AR-RASYIDIN: UMAR AL-KHATTAB
ISBN: 978-629-7716-87-9
GB0922
Harga: RM30
Penulis: Zaki Safuan Al-Hafiz
Tebal: 208
Saiz: 6.75” X 9.5”
Kandungan: Simili 80gsm /4C
Sayidina Umar r.a. termasuk dalam 10 Sahabat yang dijanjikan syurga. Doa Rasulullah ﷺ agar Islam dimuliakan melalui Sayidina Umar atau Abu Jahal akhirnya dimakbulkan dengan pemilihan Sayidina Umar r.a. Baginda turut bersabda, “Sesungguhnya syaitan takut kepada Umar bin al-Khattab.”
Sepanjang 10 tahun menjadi khalifah, Sayidina Umar terkenal dengan keadilan dan keberaniannya. Beliau membentuk pentadbiran wilayah Islam, menubuhkan Baitulmal, menetapkan kalendar Hijriah, serta memperluas wilayah Islam ke Syam, Parsi, dan Mesir.
Keislamannya memberi kekuatan besar kepada umat Islam, bahkan hijrahnya dilakukan secara terbuka sebagai cabaran kepada kafir Quraisy. Di bawah kepimpinannya, Islam mencapai kemenangan dalam peperangan besar seperti Yarmuk, Al-Qadisiyyah, dan Nahawand. Walaupun memimpin empayar yang luas, beliau tetap hidup sederhana, memakai pakaian bertampal dan makan tanpa bermewah.
Siri ini ditulis untuk memperkenalkan empat Sahabat utama Rasulullah ﷺ yang digelar Khulafa Ar-Rasyidin, iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib. Mereka merupakan khalifah yang mendapat petunjuk selepas pemergian Baginda ke negeri abadi.
Melalui siri ini, insya-Allah kita akan membaca riwayat hidup mereka dalam bentuk yang mudah difahami. Semoga lahir rasa cinta kepada para Sahabat, dan kita terdorong untuk mencontohi iman, akhlak serta kepimpinan mereka.
Reviews
Be the first to review
Write an review
How would you rate the product?
More thought about the product