• 4
  • FA 36 Adab Terhadap al-Quran-4
  • FA 36 Adab Terhadap al-Quran-5
  • FA 36 Adab Terhadap al-Quran-15
  • FA 36 Adab Terhadap al-Quran-29
  • FA 36 Adab Terhadap al-Quran-36
  • FA 36 Adab Terhadap al-Quran-85
  • FA 36 Adab Terhadap al-Quran-87
  • FA 36 Adab Terhadap al-Quran-90
  • FA 36 Adab Terhadap al-Quran-114
  • FA 36 Adab Terhadap al-Quran-115
  • FA 36 Adab Terhadap al-Quran-139
  • FA 36 Adab Terhadap al-Quran-140
1

36 Adab Terhadap Al-Quran

Regular price
RM 18.00
Sale price
RM 18.00
Regular price
RM 20.00
Secure payments | Galeri Ilmu
Secure payments
Authentic products | Galeri Ilmu
Authentic products

Sinopsis:

36 ADAB TERHADAP AI-QURAN yang merupakan terjemahan dan ringkasan kitab Ta'zim al-Quran al-Karim susunan Al-'Allamah asy- Syaikh As'ad Muhammad Said as- Saghirjiy, membicarakan satu ilmu daripada beberapa perbahasan yang selayaknya diberi tumpuan dalam konteks keimanan dan kebenaran Al-Quran, penghormatan dan cara beramal dengannya. Hal ini sesuai dengan tuntutan memuliakan, mengagungkan dan mengamalkan al-Quran.

Kitab ini mengumpulkan huraian tuntas berdasarkan al-Quran. hadis, atsar dan qiyas tentang adab yang dituntut ke atas kaum Muslimin terhadap al-Quran al-Karim. Terjemahan dan ringkasan kitab ini mengambil kira isi-isi penting dengan tidak mengulang hadis-hadis yang sama atau hampir sama pada maksud.

Antara perbahasan menarik:

- Adab mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.

- Menghadirkan hati ketika membaca al-Quran.

- Hukum mewaqatkan bacaan kerana hendak bercakap.

- Fadilat surah-surah tertentu.

- Hukum meletakkan sesuatu di atas mashaf al-Quran, dan lain-lain.

 

USTAZ MOHD HAZRI HASHIM AL-BINDANY

berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Sektor Kurikulum Pendidikan Islam & Bahasa Arab, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia. Beliau aktif menyampaikan kuliah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dan merupakan Penasihat Pertubuhan Darul Muhajirin Littafaqquh Fiddin, penggerak pengajian kitab- kitab turats di Hulu Selangor. 36 Adab Terhadap Al-Quran merupakan karya kesebelas beliau terbitan  Galeri limu Sdn. Bhd.