EA9| Supergirl Zaman Rasulullah (Siri Ibrah)
- Regular price
- RM 15.00
- Sale price
- RM 15.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Nusaibah Binti Kaab adalah seorang wanita yang hidup pada zaman Rasulullah SAW dan terkenal dengan sikapnya yang gagah berani, kuat, cerdas serta tidak pernah merasa takut. Wanita yang memiliki gelaran Ummu Imarah atau Ummu Imarah ini tidak hanya melaksanakan kewajipannya sebagai isteri dan ibu yang baik, tetapi turut mengangkat senjata bersama Rasulullah SAW dan tentera Islam yang lain. Beliau yang pantang menyerah dan lincah bergerak ke sana ke mari melawan musuh dari berbagai-bagai sisi sehinggakan Rasulullah berkata,
“Aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali melihat Ummu Imarah (Nusaibah) berperang di hadapanku.” Tidak pelik apabila akhirnya Nusaibah Binti Kaab digelar sebagai ‘Perisai Rasulullah’.
Di dalam buku ini terkandung 10 kisah Sahabat Rasulullah yang hebat dan berani dalam memperjuangkan agama Islam. Perjuangan yang penuh liku dan ranjau yang memerlukan keberanian dan ketangkasan yang tiada tolok bandingnya.
Justeru, buku ini disusun supaya pembaca dapat mengetahui kelebihan dan kehebatan yang terdapat pada diri para Sahabat r.a. yang diambil daripada kisah-kisah benar seperti yang tercatat dalam kitab-kitab sirah.
DIHARAPKAN JUGA PARA PEMBACA DAPAT MENGAMBIL IKTIBAR SERTA MEMULIAKAN MEREKA SEKALI GUS MENCINTAI MEREKA.
Reviews
Be the first to review
Write an review
How would you rate the product?
More thought about the product