• ABU BAKAR 1
  • ABU BAKAR
  • FINAL- KHALIFAH ABU BAKAR (1)-5
  • FINAL- KHALIFAH ABU BAKAR (1)-30
  • FINAL- KHALIFAH ABU BAKAR (1)-36
  • FINAL- KHALIFAH ABU BAKAR (1)-45
1

KISAH HEBAT KHULAFA AR-RASYIDIN: ABU BAKAR AS-SIDDIQ

Regular price
RM 28.50
Sale price
RM 28.50
Regular price
RM 30.00
Secure payments | Galeri Ilmu Media Grup
Secure payments
Authentic products | Galeri Ilmu Media Grup
Authentic products
KISAH HEBAT KHULAFA AR-RASYIDIN: ABU BAKAR AS-SIDDIQ Ratings: 0 - 0 votes

Sinopsis


Sayidina Abu Bakar merupakan lelaki dewasa yang paling awal mempercayai Nabi Muhammad ﷺ, bahkan sebelum Baginda diutus sebagai Rasul. 

Suatu hari, beliau datang menemui Nabi dan bertanya, “Wahai Abu Qasim, adakah benar engkau telah menghina tuhan nenek moyang kami?”

Baginda menjawab dengan tenang, “Aku adalah utusan Allah, dan aku mengajakmu untuk beriman kepada-Nya.”

Tanpa sebarang keraguan, Abu Bakar menerima seruan itu dan memeluk Islam. Rasulullah ﷺ berasa amat gembira, dan dua gunung yang mengelilingi Makkah menjadi saksi atas keislaman beliau.

Siri ini ditulis untuk memperkenalkan empat Sahabat utama Rasulullah  yang digelar Khulafa Ar-Rasyidin, iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib. Mereka merupakan khalifah yang mendapat petunjuk selepas pemergian Baginda ke negeri abadi.

Melalui siri ini, insya-Allah kita akan membaca riwayat hidup mereka dalam bentuk yang mudah difahami. Semoga lahir rasa cinta kepada para Sahabat, dan kita terdorong untuk mencontohi iman, akhlak serta kepimpinan mereka.

Reviews

Be the first to review