• Mukhtarul Hadith Final
  • Mukhtarul Hadith Final 2024
1

(GHP) Mukhtar al-Hadith

Regular price
RM 17.00
Sale price
RM 17.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | Galeri Ilmu Media Grup
Secure payments
Authentic products | Galeri Ilmu Media Grup
Authentic products
(GHP) Mukhtar al-Hadith Ratings: 0 - 0 votes
Add to wishlist

Kitab Mukhtarul Hadith ini adalah susunan  al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz  bin Syeikh Abu Bakar bin Salim, seorang ulama daripada Hadhramaut,  Yaman. Di dalam kitab ini, terkandung 59 hadith yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan seorang Muslim. Ia dipilih daripadapada 6 buah kitab hadith yang masyhur iaitu Jami’ Sahih Al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Ibnu Majah dan kitab-kitab yang lain lagi. Kesemua hadith-hadith yang dipilih amat mudah untuk difahami dan lafaz matannya tidak terlalu panjang, sesuai untuk para pelajar peringkat permulaan untuk mula mengenali atau menghafaz hadith. Uniknya, hadith-hadith tersebut telah disusun mengikut huruf hijaiyah bagi memudahkan ia dihafal.

Kami terbitkan kitab ini dengan terjemahan oleh al Fadil Ustaz Mohd Ashraff Mohamed Osman dan syarahan ringkas bersama takhrij hadith yang telah disediakan oleh al fadil Ustaz Muhammad Nasrullah Nadzri. Kami tambah (edisi saiz B5) di bahagian belakang kitab ini matan beserta syarahan bahasa arab dari kitab Tuhfatun Nazirin. Galeri Hadhramaut memberi komitmen menerbitkan kitab kitab yang berkualiti. Kitab ini telah diadakan majlis semakan bersama rakan-rakan demi menjaga kualiti dan amanah menyebarkan Hadith Nabi Muhammad yang mulia.

Kami berharap terjemahan kitab ini dapat memberi banyak manfaat terutamanya dalam mengenali Sunnah an-Nabawiyah, khususnya buat para penuntut ilmu. Mudah-mudahan usaha yang sedikit ini diberkati Allah serta memberi kekuatan Galeri Hadhramaut Publication untuk terus mengorak langkah menyebarkan ilmu dan dakwah di bumi Malaysia yang bertuah ini.

Reviews

Be the first to review