Usul Fiqh - Amin Al-Jarumi
- Regular price
- RM 85.00
- Sale price
- RM 85.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Buku ini membicarakan tentang Usul Fiqh sebagai suatu ilmu yang melengkapkan pengetahuan seseorang yang ingin mendalami dan menguasai ilmu fiqh. Perbincangan dilihat daripada perspektif prinsip-prinsip dan sumber hukum serta perkara yang berkaitan dengannya. Ia merangkumi pengenalan kepada ilmu Usul Fiqh, dalil-dalil syariah yang disepakati fuqaha iaitu al-Quran, al-Sunnah, ijmak dan qiyas, dan dalil-dalil syariah yang tidak disepakati seperti istihsan, istishab, uruf, mazhab sahabi, سد الذرائع, syarak sebelum kita dan maslahah mursalah. Selain daripada itu, buku ini menyentuh persoalan mengenai nasakh, ta‘arudh dan tarjih, cara-cara istinbat hukum, perbahasan mengenai hukum, ahliyyah dan perkara yang menjatuhkannya, ijtihad, ikhtilaf, taqlid, talfiq dan fatwa. Penulisan ini diharapkan dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada masyarakat umum yang dahagakan ilmu Usul Fiqh dalam mengkaji ilmu fiqh.
Doktor Md Amin Haji Abdul Rahman (bekas Profesor Kolej Syariah dan Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu‘adzam Shah, Kuala Ketil, Baling) dilahirkan pada 23 September 1947 di Alor Setar, Kedah. Memperolehi Sijil Thanawi daripada Maahad Mahmud pada akhir tahun 1968, Ijazah Sarjana Muda (Syariah dan Undang-undang) dari Universiti al-Azhar pada tahun 1974, PhD pada tahun 1997 (Syariah), seterusnya Ijazah Sarjana Pengajian Islam (Dakwah dan Kepimpinan) pada tahun 1989 dan pada tahun 1978 Diploma Pendidikan (kini UiTM) dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Mula berkhidmat dan dilantik di (kini UNISHAMS) dalam bidang Islam dan Fakulti Undang-undang. Pada tahun 2010 (setelah bersara) mula berkhidmat dan sehingga November 2022. Setakat ini, beliau merupakan profesor universiti di UNISHAMS dalam Kolej Syariah dan Undang-undang serta telah menghasilkan 14 buah buku akademik dalam bidang syariah.
Reviews
Be the first to review
Write an review
How would you rate the product?
More thought about the product