TENANG DALAM DAKAPAN IDDAH (JILID 2)
- Regular price
- RM 31.50
- Sale price
- RM 31.50
- Regular price
-
RM 35.00
Share
TENANG DALAM DAKAPAN IDDAH 2
Penulis: SRI DIAH SHAHARUDDIN &ROZA ROSLAN
ISBN: 978-629-7929-10-1
Kod: GB0937
Tebal: 208 ms
Saiz: 5.5” X 8.5”
Kandungan: Warna
Harga: RM35.00/RM37.00*
SINOPSIS
· Mengurus kematian di rumah
· Bersedia untuk bangkit
· Kembali melangkah walaupun perlahan
· Mencari ketenangan setelah kehilangan
· Urusan kematian di Tanah Suci & jika iddah bermula ketika umrah
Buku ini menghimpunkan pelbagai kisah benar wanita yang melalui pengalaman kematian pasangan hidup—ada yang berpunca daripada penyakit, ada juga yang berlaku secara mengejut akibat kemalangan. Setiap kisah menampilkan seribu satu wajah kesedihan, ketabahan dan perjuangan keluarga yang ditinggalkan.
Melalui naratif yang disusun dengan penuh empati, pembaca dibawa menyelami realiti kehidupan wanita yang tiba-tiba memikul pelbagai tanggungjawab baharu.
Ada yang perlu mengurus emosi sendiri sambil menenangkan anak-anak yang masih kecil, ada yang berhadapan dengan cabaran ekonomi, dan ada juga yang perlu menyesuaikan diri dengan perubahan peranan daripada seorang isteri kepada ketua keluarga.
Ia bukan sekadar mengumpulkan kisah kehilangan, tetapi mengajarkan bahawa di sebalik kesedihan yang mendalam, sentiasa ada ruang untuk bangkit, menyusun kembali kehidupan dan menemukan ketenangan dalam pergantungan kepada Allah.
Reviews
Be the first to review
Write an review
How would you rate the product?
More thought about the product