(PAI) Tertib Kesempurnaan Kehambaan
- Regular price
- RM 20.00
- Sale price
- RM 20.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Tertib Kesempurnaan Kehambaan
Al-Imam Murtada al-Zabidi rahimahullah
Diterjemah dan dikhidmat dengan bantuan Allah SWT oleh:
Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaluddin al-Azhari
Kehambaan adalah kemuncak tujuan para hamba, dan perhiasan para wali Allah yang mulia. Ia adalah Kesempurnaan kemuncak kebahagiaan hidup di dunia, dan penyebab utama kebahagiaan hidup di sana.
Namun, perjalanan menyempurnakan kehambaan sebagaimana yang dituntut dalam agama, bukanlah perjalanan yang mudah, malah, insan itu sentiasa merasa lemah, sehingga kadang-kala tersasar dari laluan kesempurnaannya, lalu terjerumus ke jurang kerendahan noda dan dosa.
Al-Imam Murtaḍā al-Zabidi (m: 1205 H), seorang ulama' agung dalam pelbagai bidang ilmu agama, ada menulis suatu ringkasan perjalanan dan tertib penyempurnaan kehambaan mengikut Ḥal dan Maqām kehambaan, sebagaimana yang dibahaskan oleh para 'ulama' Şüfi.
Dalam kitab beliau Ittiḥaf al-Sadah al-Muttaqin, yang mana beliau mensyarahkan kitab Ihya' 'Ulum al-Din karangan al-Imam al-Ghazali (m: 505 H), beliau membahaskan tentang tatacara tertib peringkat-peringkat kehambaan secara praktikal, bagi seorang hamba mencapai kesempurnaan kehambaan.
Perbahasan yang beliau bahaskan, adalah suatu ringkasan daripada apa yang dibahaskan oleh al-Imam al- Suhrawardi (m: 632 H) dalam kitab 'Awarif al Ma'arif, iaitu pada al-Bab al-Tasi' wa al-Khamsin fi al- Isyarat ila al-Maqämät 'ala al-Ikhtiṣār wa al-Ijaz.
Maka, dengan demikian, kami yang faqir lagi memerlukan Allah dengan bantuan-Nya, menterjemahkan perbahasan ringkas yang disebutkan oleh al-Imam al-Zabīdi, disertakan sedikit catatan dan ulasan, bagi kemudahan para pembaca yang budiman, dengan harapan, agar amalan ini diterima dan disempurnakan, dan diberi manfaat kepada diri dan pembaca yang budiman, serta diberi keampunan atas segala kesalahan dan kesempurnaan bagi segala kekurangan, dan semoga ianya menjadi sebab kebahagiaan yang berkekalan.
Reviews
Be the first to review
Write an review
How would you rate the product?
More thought about the product