• 98234
1
New

AT7| Catatan Tadabbur Quran@114 (Jilid 2)

Regular price
RM 29.75
Sale price
RM 29.75
Regular price
RM 35.00
Secure payments | Galeri Ilmu Media Grup
Secure payments
Authentic products | Galeri Ilmu Media Grup
Authentic products
AT7| Catatan Tadabbur Quran@114 (Jilid 2) Ratings: 0 - 0 votes
Add to wishlist

Sinopsis:

Tadabbur Ayat: Surah Al-Baqarah bermula ayat 168 sehingga ayat terakhir, 286. 

Kandungan: Antara perbahasan menarik dalam buku ini ialah:

- Perbahasan tentang hukum-hakam ibadah puasa dan haji.

- Penjelasan tentang hal ehwal kekeluargaan, seperti nafkah, nikah, talak, 'iddah, rujuk dan ila'.

- Kisah Nabi Samwil a.s dan peperangan Thalut melawan Jalut.

- Perbahasan tentang fadilat dan galakan bersedekah, serta ancaman dan keburukan riba.

.............................
Quran@114 merupakan program yang disiarkan setiap hari di TV AlHijrah. Ia memberi fokus kepada ilmu 3T iaitu Tadabbur, Tajwid, dan Taranum.

Quran@114 membawa masyarakat untuk mentadabbur Al-Quran dengan lebih mudah dan memahami intipati kitab suci itu agar dapat meningkatkan penghayatan serta khusyuk dalam beribadah. Selain itu, pemahaman terhadap Al-Quran juga akan memberi kesan dan perubahan positif dalam kehidupan seseorang.

Oleh itu, naskhah Catatan Tadabbur Quran@114 ini diterbitkan bagi memudahkan masyarakat pencinta Al-Quran untuk menelaah dan memahami kandungan-kandungan penting yang disiarkan dalam program Quran @114. Seterusnya mampu mengamalkan serta bersahabat dengan Al-Quran hingga ke akhir hayat.

Tentang Penulis

Dr. Shamsul Mohd Nor merupakan graduan Pusat Pengajian Islam  Ismail Aga, Fatih, Istanbul. Turki. Memiliki Ijazah Sarjana Muda (BA) Syariah, dari Jami’ah Al-Aqidah Jakarta, Indonesia, Ijazah Sarjana (MA) al-Quran dan as-Sunnah (Hadis) serta Ijazah Kedoktoran (PhD) Usuluddin dan Falsafah (Tafsir al-Quran) dari  Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Berpengalaman luas dalam bidang dakwah dan konsultasi syariah. Merangkap sebagai Pengarah Akademi Al-Badar, Pengasas Sistem Genius Membaca Al-Quran dalam Masa 3 Hari dengan Kaedah Al-Badar, Pengerusi Yayasan Itmam, Mudir Maahad Tahfiz Al-Muhammadiyah, Pengarah Latihan dan Bina Insan di Pearl Mentor (M) Sdn. Bhd., Pengerusi Pusat Pengajian  dan Dakwah Islamiyah Raudhah Maghfirah (PUSDA’I). Beliau juga Penyelidik dan Pentadabur Al-Quran dalam rancangan Quran@114 di TV Alhijrah dan panel tetap program Tadabbur Al-Quran di Radio IKIM. Telah menulis lebih daripada 30 buah buku. Catatan Tadabur Quran@114 merupakan naskhah kelapan beliau terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

Reviews

Be the first to review