Keistimewaan Umat Nabi di Akhirat
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Buku ini adalah terjemahan bahagian akhir kitab Khasais Al-Ummah Al-Muhammadiyyah yang dipersembahkan kepada tiga bahagian, pertama keistimewaan pengampunan dosa dalam beberapa keadaan yang diberikan hanya kepada umat Nabi Muhammad. Kedua, keistimewaan umat nabi yang bersifat dengan sifat ahli syurga. Ketiga pula ialah keistimewaan umat Nabi Muhammad yang berkait dengan akhirat.
Tahukah anda, Allah memberikan pelbagai keistimewaan kepada kita melalui pengetahuan tentang banyak hal yang akan berlaku di akhirat. Nabi telah menceritakan kepada kita tentang alam barzakh, hari kiamat, padang mahsyar, telaga Haudh, mizan, sirath, syurga dan neraka. Pengetahuan yang terperinci seperti ini tidak diberikan kepada umat Nabi lain, melainkan kepada kita sahaja. Bahkan di akhirat, terdapat beberapa keistimewaan yang diberikan kepada kita sahaja. Pengetahuan ini sangat penting untuk mendorong diri kita menambahkan ketaatan dan menyediakan bekalan sebanyak mungkin.
Tidak diragukan lagi, kita memperolehi segala keistimewaan ini kerana kita adalah umat Nabi Muhammad yang merupakan kekasih Allah. Kasih Allah kepada nabi-Nya melimpah kepada umat nabi. Mengetahui semua keistimewaan ini perlu untuk mendekatkan diri kita kepada Allah dan meningkatkan kecintaan kita kepada Rasulullah. Dengan tekad, kecintaan dan kesungguhan ini semoga kita semua dikumpulkan di pasar syurga seperti doa Abu Hurairah kepada Said Ibn Al-Musayyib.
Reviews
Be the first to review
Write an review
How would you rate the product?
More thought about the product