• PRINSIP DAN PEDOMAN JALAN KESUFIAN
1

[BARU TERBIT] Prinsip dan Pedoman Jalan Kesufian

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | Galeri Ilmu Media Grup
Secure payments
Authentic products | Galeri Ilmu Media Grup
Authentic products
[BARU TERBIT] Prinsip dan Pedoman Jalan Kesufian Ratings: 0 - 0 votes
Add to wishlist

Dalam dunia moden tanpa sempadan dan penuh kekeliruan ini, ramai tersalah faham atau cuba memahami mencari hakikat bahagia dan kehambaan sebenar. Buku ini membawa pembaca menyelusuri akar dan asas tasawuf Islam yang murni dan praktikal — bukan sebagai fahaman asing, tetapi sebagai cabang penyempurna iman, Islam dan ihsan sebagaimana diwarisi daripada Rasulullah ﷺ.

Melalui penjelasan yang mudah difahami dan berpaksikan sumber sahih — Al-Qur’an, al-Sunnah, serta hikmah ulama sufi muktabar — penulis menghuraikan hubungan antara ilmu dan amalan, antara guru dan murid, serta antara syariat dan hakikat. Ia bukan sekadar teori, bahkan panduan hidup yang praktikal untuk menyucikan hati, mendidik jiwa dan mencapai ketenangan yang hakiki.

Ditulis dengan bimbingan dan sanad keilmuan yang jelas, karya ini menjadi jambatan antara pencinta ilmu dengan para pewaris jalan para arifin billah. Ia menyeru kita kembali kepada tujuan asal tasawuf — menjadi hamba yang benar kepada Allah, dengan hati yang bersih dan amal yang ikhlas.

Reviews

Be the first to review