• LAHAR-GUNUNG-BERAPI-MENYUBURKAN-BUMI-.jpg
  • 04%20lahar%20gunung%20berapi%202023-5
  • 04%20lahar%20gunung%20berapi%202023-6
  • 04%20lahar%20gunung%20berapi%202023-11
  • 04%20lahar%20gunung%20berapi%202023-14
  • 04%20lahar%20gunung%20berapi%202023-18
  • 04%20lahar%20gunung%20berapi%202023-21
  • 04%20lahar%20gunung%20berapi%202023-22
  • 04%20lahar%20gunung%20berapi%202023-23
1

Siri Fenomena Alam: Lahar Gunung Berapi Menyuburkan Bumi

Regular price
RM 6.40
Sale price
RM 6.40
Regular price
RM 8.00
Secure payments | Galeri Ilmu
Secure payments
Authentic products | Galeri Ilmu
Authentic products

SINOPSIS

Buku ini mempunyai 10 tajuk. Setiap tajuk yang diterangkan dalam buku ini adalah berdasarkan fakta dengan gambar/infografik yang menarik.

Info: Gunung berapi ialah bahagian kerak bumi yang terbuka atau merekah sehingga membenarkan gas, abu dan batuan cair panas di bawah kerak bumi menerobos keluar.

Pernahkah kamu berfikir bagaimana gunung berapi terbentuk?

Antara gunung berapi termuda di permukaan bumi ialah Gunung Paricutin. Ia muncul pada tahun 1943 di sebuah ladang jagung di Mexico. Ia bermula pada suatu hari apabila penduduknya dikejutkan dengan bunyi menggelegar dari dalam perut bumi. Permukaan tanah tiba-tiba merekah dan keluar asap berbau seperti telur busuk!

Keesokannya, mereka terkejut melihat sebuah kon setinggi rumah tertegak di hadapan mereka. Kon itu terus membesar, menutupi ladang jagung dan perkampungan mereka dengan lahar yang dihamburkan. Akhirnya pada tahun 1952 barulah aliran laharnya berhenti. Gunung Paricutin kini tertegak dengan ketinggian 424 meter dari dasarnya.