• USTAZ-AVENGERS-
  • ustaz+avengers-4
  • ustaz+avengers-5
  • ustaz+avengers-7
  • ustaz+avengers-30
  • ustaz+avengers-31
  • ustaz+avengers-32
  • ustaz+avengers-53
  • ustaz+avengers-54
  • ustaz+avengers-80
  • ustaz+avengers-81
1

Ustaz Avengers

Regular price
RM 8.00
Sale price
RM 8.00
Regular price
RM 10.00
Secure payments | Galeri Ilmu
Secure payments
Authentic products | Galeri Ilmu
Authentic products

SINOPSIS

Komik ini mengumpulkan beberapa kisah benar, sentap serta menyentuh hati berkaitan dengan dunia remaja hari ini. 

Ia berdasarkan kepada pengalaman dua orang trainer muda daripada PROTAZZ LEGACY Training & Consultancy (PLTC) yang bergerak aktif dalam menyebarkan motivasi kecemerlangan dan kerohanian khususnya untuk para remaja di seluruh negara.


TENTANG PENULIS:

SYAKIRIN YUSLAN  &  AFIQ SYAZWAN 

SYAKIRIN YUSLAN  dan AFIQ SYAZWAN merupakan dua orang motivator muda yang sedang bergiat aktif dan berpusat di Pantai Timur. Mula melebarkan sayap ke seluruh negara, dua trainer dari PROTAZZ LEGACY Training & Consultancy (PLTC) ini telah menceburi bidang penulisan sejak tahun 2017 dengan menjadi peserta Bengkel Penulisan Bonda Nor.

Mereka berdua terlibat dalam menghasilkan buku antologi motivasi kehidupan, Pelan-Pelan Kayuh (PPK) di bawah penerbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. dan berjaya memasarkan buku PPK di kalangan para remaja dengan jualan yang agak tinggi. Ini antara faktor penguat dua anak muda ini dilantik sebagai Perantis Akademi Bonda Nor secara rasmi.

Bakal menghasilkan lebih banyak buku dan bahan penulisan dalam misi menyebarkan  penulisan dakwah santai kepada anak-anak agama dan bangsa melalui platform motivasi dan program-program yang disusun.


SHAFY ZAHIN

Merupakan seorang pelukis komik yang bermula sebagai pelukis komik amatur di media sosial. Kini, beliau telah berjaya menerbitkan beberapa karya bersama penerbit BUKU PURIS. Antara karya tersebut ialah Komik Siri: Mimpi BintangkuMimpi Bintangku 2, Antologi Komik Puris: SIFU dan komik Anugerah Terindah.